4 Manfaat Snorkeling Semasa Percutian

Uncategorized
1

Apabila anda pergi bercuti dan membuat senarai tempat lawatan, snorkeling adalah antara aktiviti yang perlu dimasukkan ke dalam senarai ketika berada di pulau atau pantai. Selain bergembira melupakan seketika rutin harian, anda dapat menikmati faedah kesihatan daripada aktiviti ini. Badan dapat bersenam dengan cara yang menyeronokkan melalui snorkeling. Berikut adalah manfaat yang boleh diperolehi daripada aktiviti ini.

  1. Snorkeling menguatkan otot

Sama ada memakai fins (“sirip kaki”) atau tidak memakainya, seluruh badan anda akan bekerja semasa bersnorkeling. Ketika berenang di permukaan air, kaki dan tangan perlu digerakkan, memaksa otot menolak rintangan semula jadi air. Pemakaian fins pula membantu memberi gerakan kaki yang lebih berkesan. Berenang di bawah permukaan air juga memberi lebih tekanan pada otot untuk menolak ketumpatan dan apungan semulajadi air. Hasilnya, aktiviti ini membakar banyak kalori dan membantu membina otot dalam tubuh anda.

  1. Baik untuk jantung

Snorkeling menggalakkan kecergasan kardiovaskular dengan peningkatan kadar degupan jantung. Ia membuatkan jantung lebih kuat dan mengurangkan risiko masalah jantung seperti kegagalan jantung, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari. Kebaikan tambahan adalah pada keperluan menahan nafas lebih lama di dalam air yang membina kapasiti paru-paru.

  1. Meningkatkan kelicinan sendi

Kesakitan pada sendi boleh dilegakan melalui snorkeling. Mereka yang melakukan gerakan di dalam air dapat merasakan impak gerakan pada sendi amat kurang berbanding aktiviti senaman lain, contohnya seperti berjalan dan berlari. Snorkeling boleh menjadi aktiviti permulaan yang baik untuk program senaman lain, kerana ia meningkatkan kelicinan gerakan sendi. Adalah lebih mudah untuk melakukan senaman lain yang lebih keras dan kerap selepas bersnorkeling.

  1. Meningkatkan kesihatan mental

Snorkeling juga mengurangkan tekanan perasaan dan gelisah. Ia membantu melepaskan endorfin, membuatkan anda berasa lebih tenang serta meningkatkan keyakinan diri. Kawalan pernafasan yang baik semasa bersnorkeling melegakan badan dan minda, memberi kesan yang sama seperti kaedah meditasi pernafasan. Anda akan berasa lebih selesa dan tenang selepas melakukan aktiviti ini secara santai.

Menikmati pemandangan dalam laut Pulau Aur
Menikmati pemandangan dalam laut Pulau Aur

Jika anda sedang mencari-cari percutian santai dan menenangkan, pastikan aktiviti snorkeling dimasukkan ke dalam senarai yang wajar anda lakukan. Terdapat banyak destinasi percutian di Malaysia yang menawarkan aktiviti menarik ini, yang juga membantu anda menikmati pemandangan indah di dalam air. Membawa kamera kalis air adalah bonus, untuk anda menyimpan kenangan semasa bersnorkeling serta pemandangan di dalam air.

Jika anda tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan di Pulau Aur, snorkeling di pantai dan bot adalah antara perkara wajib yang patut anda senaraikan. Ayuh bersnorkeling!

seronoknya aktiviti snorkling!!! Bagi yg tak takut air memang wajib mencuba aktiviti ni. kalau org cam saya yg takut air ni..duduk main pasir pantai aja laa jawabnya…Main pasir pun byk juga manfaatnya..esp utk budak2…sbb ia mencabar kreativiti dan merangsang perkembangan motor halus mereka. Kalau dan berusia cam saya ni…main pasir pun masih mencabar kreativiti…nak bina sand castle ke…nak bina terowong ke..apa ke….hii

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Uncategorized
Pulau Aur di YouTube

Saksikan video Pulau Aur oleh Sebukang Bay Resort di YouTube. Selamat menonton!

Uncategorized
1
Khazanah Laut Dan Pantai Untuk Kesihatan (Siri 3)

Siri ketiga dan terakhir ini menerangkan kebaikan cahaya matahari dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan laut. CAHAYA DAN PANAS MATAHARI Aktiviti mandi dan bersantai di bawah panas matahari memberi banyak kebaikan kepada tubuh dan minda anda. 1. Pembekal setia vitamin D Seperti yang diketahui manusia perlu meluangkan sekurang-kurangnya 30 minit …

Uncategorized
Khazanah Laut Dan Pantai Untuk Kesihatan (Siri 2)

Bersambung untuk siri kedua pada topik Khazanah Laut Dan Pantai Untuk Kesihatan yang akan menerangkan kebaikan pantai laut. PASIRAN PANTAI Rindukan aktiviti di pantai? Berjalan-jalan di tepi pantai, tanam badan, bina kubu, berkarya dengan pasir. Perkara yang sudah agak lama kita tinggalkan. Sambil beraktiviti secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan …