Aur, Takrif dan Puisi

Uncategorized

Aur, bermaksud buluh atau bambu menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat.

image
Aur bermaksud buluh atau bambu

Perkataan “Aur” banyak digunakan didalam peribahasa serta pantun-pantun melayu lama.

 

Beberapa buah pantun yang indah:-

Aur lentik dijinak kijang,
Anak Jawa minum di mangkuk;
Keningnya lentik dadanya bidang,
Anak muda dipanah mabuk.

Kusangka aur di tanah seberang,
Rupanya tebu tumbuh di busut;
Disangka jujur hati orang,
Rupanya muslihat mencapai maksud.

Buluh aur jangan dibelah,
Titi dibuat berikat akar;
Teguh setia tidak berubah,
Janji ikrar jangan bertukar.

Pasang api menambah pukat,
Aur perindu tidak berdahan;
Buah hati mari dekat,
Hatiku rindu tidak tertahan.

Singapura dilanggar todak,
Orang berkubu batang pisang;
Orang tua melawan budak,
Ibarat aur ditarik songsang.

 

Peribahasa melayu yang berseni:-

Aur ditanam betung tumbuh.
Takrif: Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit.

Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.
Takrif: Satu sama lain bertolong-tolongan.

Sebagai aur dengan tebing.
Takrif: Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

Bagai aur di atas bukit.
Takrif: Menyerahkan diri kepada nasib.

Seperti aur ditarik songsang.
Takrif: Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan.

Betung ditanam aur tumbuh.
Takrif: Mengharap untung, kiranya mendapat rugi.

Memagar diri bagai aur.
Takrif: Hanya memikirkan diri sendiri saja.

Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.
Takrif: Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.

Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun.
Takrif: Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri.

Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur.
Takrif: Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung).

 

Betapa kayanya bahasa Melayu dengan pelbagai puisi, menggambarkan ketinggian peradaban tamadun alam Melayu, sehingga menjadi igauan indah serta rebutan penjajah Eropah.

 

Sumber: Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Uncategorized
Pulau Aur di YouTube

Saksikan video Pulau Aur oleh Sebukang Bay Resort di YouTube. Selamat menonton!

Uncategorized
1
4 Manfaat Snorkeling Semasa Percutian

Apabila anda pergi bercuti dan membuat senarai tempat lawatan, snorkeling adalah antara aktiviti yang perlu dimasukkan ke dalam senarai ketika berada di pulau atau pantai. Selain bergembira melupakan seketika rutin harian, anda dapat menikmati faedah kesihatan daripada aktiviti ini. Badan dapat bersenam dengan cara yang menyeronokkan melalui snorkeling. Berikut adalah …

Uncategorized
1
Khazanah Laut Dan Pantai Untuk Kesihatan (Siri 3)

Siri ketiga dan terakhir ini menerangkan kebaikan cahaya matahari dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan laut. CAHAYA DAN PANAS MATAHARI Aktiviti mandi dan bersantai di bawah panas matahari memberi banyak kebaikan kepada tubuh dan minda anda. 1. Pembekal setia vitamin D Seperti yang diketahui manusia perlu meluangkan sekurang-kurangnya 30 minit …